Bakal doktor kerugian RM14,700 diperdaya Macau Scam - Utusan Malaysia

Bakal doktor kerugian RM14,700 diperdaya Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang pelajar wanita yang bakal bergelar doktor mengalami kerugian RM14,700 selepas diperdaya dipercayai oleh sindiket Macau Scam menerusi panggilan telefon yang mendakwanya terlibat dalam kegiatan judi dalam talian haram, menurut polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd Yusof berkata, dalam kejadian pada pukul 2 petang semalam, pelajar jurusan perubatan berumur 25 tahun itu menerima panggilan kononnya daripada sebuah syarikat telekomunikasi.

“Pemanggil berkenaan mendakwa nama mangsa telah disalah guna dengan perjudian secara online haram di Sabah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan itu talian mangsa disambungkan kepada anggota polis palsu di Sabah yang meminta maklumat peribadi daripada mangsa sebelum disambungkan kepada pegawai atasan yang menyiasat kes tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, suspek ketiga  yang memperkenalkan diri sebagai inspektor polis itu kemudian telah menyuruh mangsa mengeluarkan kesemua wang di dalam akaun banknya yang berjumlah RM14,700. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini