KUALA LUMPUR 5 Sept. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengisytiharkan R. Vidyananthan kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kahang, Johor, selepas menolak petisyen pilihan raya yang dikemukakan oleh calon PPBM, Norlihan Ariffin pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
![]() |
|
R. Vidyananthan
|
Hakim Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dalam keputusannya itu mengisytiharkan bahawa Vidyananthan dari MIC telah dipilih secara sah dalam pilihan raya tersebut.
Beliau membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal Vidyananthan, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Negeri, Kahang dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dinamakan sebagai pihak responden untuk membatalkan petisyen pilihan raya dikemukakan Norlihan.
Pada 13 Jun lalu, Norlihan selaku pempetisyen memfailkan petisyen pilihan raya atas dakwaan kegagalan pihak responden mematuhi peraturan-peraturan pilihan raya. -UTUSAN ONLINE












