Federer mangsa terbaharu Terbuka AS - Utusan Malaysia

Federer mangsa terbaharu Terbuka AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 4 Sept. – Juara lima kali, Roger Federer menjadi mangsa kejutan besar terbaru dalam kejohanan tenis Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pemain bukan pilihan, John Millman pada pusingan keempat hari ini.

Pemain No. 2 dunia dari Switzerland itu tewas 6-3, 5-7, 6-7 (7/9), 6-7 (3/7), sekali gus mengecewakan harapan peminat untuk melihat dia berentap dengan musuh tradisi, Novak Djokovic pada suku akhir esok.

Milmann, 29, yang menghuni ranking ke-55 dunia sebaliknya bakal menjadi pencabar juara dua kali yang juga pilihan keenam, Djokovic dari Serbia. Djokovic mara selepas mengetepikan pemain Portugal, Joao Sousa 6-3, 6-4, 6-3.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini kali pertama Federer, 37, gagal melayakkan diri ke suku akhir kejohanan Grand Slam dalam tujuh penampilan terakhir, malah tewas kepada pemain yang tidak berada pada kelompok 50 terbaik dunia.

“Ia sangat panas, antara malam yang mana saya rasa saya sukar hendak bernafas. Tiada peredaran udara dan saya bergelut dengan keadaan persekitaran.

“Ini kali pertama berlaku kepada saya dan saya percaya bumbung yang dipasang di stadium ini telah menyebabkan tiada peredaran udara. Ia menjadikan Terbuka AS berbeza sama sekali.

“Saya fikir, John berjaya mengatasi masalah ini dengan sangat baik. Dia mungkin berasal dari antara kawasan paling lembab di bumi iaitu Brisbane, jadi ia membantu.

“Sejak awal lagi, saya sedar keadaan tidak mudah dan saya gembira kerana perlawanan sudah berakhir,” kata Federer, yang melakukan 77 kesilapan sendiri dalam perlawanan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini