Interchange terima anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-58 - Utusan Malaysia

Interchange terima anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke-58

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Filem supernatural Interchange arahan Dain Said telah merangkul anugerah Kesan Khas Visual menerusi Festival Filem Asia Pasifik ke-58 (APFF58) yang berlangsung di Taipei, Taiwan pada Sabtu lalu.

Kemenangan Interchange sekali gus menewaskan empat calon akhir iaitu Jungle (Australia), The Tag Along 2 (Taiwan), Villa Dwellers (Iran) dan The Soul of Himalaya (China). 

Anugerah itu diterima oleh Datuk Nancie Foo bagi mewakili pihak produksi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain Kesan Khas Visual, Interchange turut tercalon dalam kategori Penataan Bunyi Terbaik bersama empat lagi calon iaitu The Tag Along 2 serta tiga karya dari Filipina iaitu Birdshot, The Right to Kill dan Respeto. 

Selain Interchange, tiga buah filem tempatan lain iaitu Adiwiraku, Hanyut dan Abang Long Fadil 2 turut mengambil bahagian dalam festival tersebut. 

Penyertaan negara di festival filem antarabangsa selaras dengan keahlian Malaysia melalui Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dalam Badan Penerbit Filem Cereka Asia Pasifik yang dianggotai 23 buah negara lain di rantau Asia Pasifik. 

Tahun lalu, Malaysia berjaya meraih anugerah Pengarah Terbaik menerusi Syamsul Yusof untuk filem Munafik selain Penyunting Terbaik bagi naskhah Ola Bola (Gwyneth Lee). 

Sejak penganjuran edisi pertama pada 1954, Malaysia telah meraih sebanyak 56 anugerah menerusi Festival Asia Pasifik. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini