Dua suspek termasuk isteri CEO Cradle Fund ditahan - Utusan Malaysia

Dua suspek termasuk isteri CEO Cradle Fund ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Polis menahan dua individu berhubung kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd., Nazrin Hassan yang maut dalam kebakaran di rumahnya, Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, tangkapan pertama dilakukan terhadap seorang lelaki berumur 43 tahun yang juga merupakan bekas suami kepada isteri mangsa.

“Tangkapan kedua dilakukan pada pukul 2.15 pagi di Taman Tun Dr. Ismail terhadap isteri mangsa yang berumur 43 tahun, bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan kes yang disiasat sebagai mati mengejut itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh selepas polis mendapat keputusan bedah siasat dan laporan bomba.

Pada 14 Jun lalu, Nazrin maut selepas terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Damansara akibat terhidu asap berpunca daripada letupan telefon bimbit milik mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini