Pengikut IG cecah 5.5 juta, Siti kongsi rasa gembira - Utusan Malaysia

Pengikut IG cecah 5.5 juta, Siti kongsi rasa gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Kembali aktif selepas melahirkan anak sulung, Siti Aafiyah, kira-kira lima bulan lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus unggul apabila pengikutnya dalam laman sosial Instagram (IG) semakin meningkat.

SITI NURHALIZA terharu dengan pengikutnya dalam laman sosial Instagram kini mencecah 5.5 juta.

Mencecah 5.5 juta orang pengikut, Siti, 39, sempat memberikan ucapan terima kasih dalam istimewa buat pengikut setianya yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya dan perkongsiannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terima kasih followers tersayang. Semoga perkongsian cerita saya di sini memberi kebaikan dan inspirasi.

“Baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan. Terima kasih untuk 5.5 juta pengikut Instagram saya,” ucapnya.

Selain Siti, terdapat beberapa orang lagi selebriti terkenal Malaysia yang mempunyai lebih daripada 5 juta pengikut dalam IG.

Antaranya ialah Neelofa yang memiliki pengikut paliing ramai iaitu 5.6 juta, Nora Danish (5.4 juta) dan Zizan Razak (5 juta). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini