KUALA LUMPUR – Meskipun pernah mengalami keguguran pada Julai lalu, namun hasrat pelakon Syatilla Melvin untuk menimang cahaya mata kedua akhirnya tercapai selepas dia disahkan hamil.
Berita baik itu dikongsikan Syatilla, 26, menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi dengan menganggap ia adalah hadiah hari jadi suaminya, Shaheizy Sam pada hari ini.
“Alhamdulillah tidak putus rezeki Allah bagi. Ada hikmah bulan lepas saya gugur sebab mungkin Allah nak bagi hadiah hari lahir untuk suami.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Sama-sama doakan kami supaya bayi ini sihat sampai dia keluar melihat dunia nanti. Amin,” tulisnya.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 itu menerima kehadiran cahaya mata sulung, Syeriv Samheizy pada 9 Mei tahun lepas. – K! ONLINE











