Rasuah : Kontraktor DBKL diberi amaran tamat kontrak - Utusan Malaysia

Rasuah : Kontraktor DBKL diberi amaran tamat kontrak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Kementerian Wilayah memberi amaran kepada kontraktor-kontraktor utama penyelenggaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya menghentikan amalan rasuah untuk mendapatkan projek.

Menterinya, Khalid Abdul Samad memberitahu, mana-mana kontraktor sedia ada yang didapati bersalah melakukan sogokan akan dihentikan kontrak serta merta.

“Saya ingin tegaskan bahawa tiada kompromi bagi mereka yang memberi atau menerima sogokan. Lebih baik duit itu digunakan untuk penambahbaikan projek yang diberi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hentikan budaya rasuah. Jika dahulu DBKL dikenali sebagai ‘lubuk rasuah’, cara kerja baharu ini diharap dapat menukar persepsi negatif dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Terdahulu, Khalid mengadakan sesi perbincangan bersama kontraktor utama penyelenggaraan DBKL yang turut dihadiri oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd. Aziz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini