Red Devils terbaik di bawah kendalian Mourinho - Utusan Malaysia

Red Devils terbaik di bawah kendalian Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Sept. – Legenda Manchester United, Peter Schmeichel menyifatkan bekas kelabnya itu berada dalam landasan tepat di bawah kendalian bos Red Devils, Jose Mourinho walaupun mengalami dua kekalahan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

United bangkit selepas tewas kepada Brighton dan Tottenham apabila mencatat kemenangan selesa 2-0 ke atas Burnley pada Ahad lalu sekali gus menyerap tekanan yang dihadapi sebelum ini.

Mourinho berselisih pendapat dengan media dalam beberapa minggu kebelakangan ini malah jurulatih dari Portugal itu mahu rekodnya bersama kelab dihormati pengurusan United kurang menjalankan aktiviti ketika pasaran perpindahan pemain dibuka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Schmeichel berkata dua trofi yang berjaya dibawa pulang ke Old Trafford oleh Mourinho sewaktu musim pertamanya bersama United selain menamatkan saingan EPL di tangga kedua di belakang Manchester City pada musim lalu merupakan pencapaian terbaik Red Devils untuk kempen liga selepas persaraan Alex Ferguson pada 2013.

“Kami semakin maju, kami mengalami detik yang sukar sejak permergian Alex dan (bekas ketua eksekutif) David Gill yang meninggalkan kelab serentak. Pemergian mereka tanpa sebarang bentuk pengalaman yang diperlukan oleh kelab terbesar di dunia ini.

“Kami semakin menghampiri kejayaan, kami boleh bercakap tentang kesilapan namun kami ada Jose Mourinho yang sudah terbukti kehebatannya…dia memenangi Liga Europa, Piala Liga serta layak ke final Piala FA dan kami melakukan tugasan dengan baik dan ke arah yang lebih bagus,” kata Schmeichel.

Mourinho menerima kritikan kerana gagal melonjakkan pasukannya ke tahap yang lebih baik meskipun membawa masuk bintang seperti Paul Pogba dan Alexis Sanchez serta mempamerkan gaya permainan negatif bertentangan dengan tradisi ketika Red Devils di bawah kendalian Ferguson.

Bagaimanapun, Shcmeichel yang menjuarai EPL lima kali sepanjang berada di bawah Ferguson berkata dia masih menaruh kepercayaan terhadap pimpinan Mourinho.

“Kita ada pemain yang boleh menjadi inspirasi dalam skuad yang menyebabkan anda mahu menonton perlawanan di Old Trafford. Ini memerlukan kerjasama dan masa.

“Saya seperti penyokong United yang lain. Saya mahu kami memenangi semua kejohanan namun saya perlu bersikap realistik kerana saya tahu kelab lain juga hebat.

“Saya akan bersabar dan tahu Manchester United memerlukan masa untuk kembali berada di aras yang pernah kami duduki sebelum ini dan saya yakin kami akan melakukannya,” katanya lagi.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini