28 anggota polis selesai mengundi di Balakong - Utusan Malaysia

28 anggota polis selesai mengundi di Balakong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Sept.- Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong berakhir kira-kira pukul 9.30 pagi tadi apabila 28 anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang selesai mengundi pagi ini.

Menurut sumber polis, difahamkan 31 anggota polis layak mengundi hari ini namun tiga daripadanya tidak hadir kerana telah pencen, dibuang kerja serta seorang lagi gagal dikesan.

Namun pusat mengundi di Ruang Legar Kuarters Balai Polis Seri Kembangan yang dibuka pada pukul 8 pagi tadi hanya akan ditutup pada pukul 12 tengah hari mengikut warta yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Memuatkan artikel berkaitan…

PRK DUN Balakong menyaksikan pertembungan antara calon Pakatan Harapan daripada DAP, Wong Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong.

Kerusi DUN Balakong kosong apabila penyandangnya, Eddie Ng meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini