Proses pengundian awal PRK DUN Balakong selesai - Utusan Malaysia

Proses pengundian awal PRK DUN Balakong selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong selesai lebih cepat iaitu pada pukul 9.30 pagi selepas 28 anggota dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kajang selesai membuang undi.

Menurut sumber polis, sebanyak 31 anggota layak mengundi pada hari ini namun hanya 28 daripadanya melangsaikan tanggungjawab sebagai pemilih berdaftar.

“Tiga lagi anggota tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan seperti dibuang kerja, gagal dikesan dan telah menamatkan perkhidmatan,” katanya ketika ditemui pemberita di ruang legar Kuarters Balai Polis Seri Kembangan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, pusat pengundian awal itu yang dibuka seawal pukul 8 pagi akan terus dibuka sehingga pukul 12 tengah hari berdasarkan warta yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terdahulu, calon MCA, Tan Chee Teong tiba di pusat pengundian awal pada pukul 8.45 pagi disusuli dengan calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki pada pukul 9.55 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini