Henderson perbaharui kontrak bersama Liverpool - Utusan Malaysia

Henderson perbaharui kontrak bersama Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 4 Sept. – Kapten Liverpool Jordan Henderson melanjutkan kontrak dengan tempoh jangka masa panjang bersama pendahulu Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.

Henderson muncul sebagai tonggak utama di bawah kendalian bos The Reds, Jurgen Klopp, dengan perjanjian baharu tersebut sebagai ganjaran kepada pemain tengah England itu.

Pemain berusia 28 tahun itu telah membuat 283 penampilan bersama Liverpool, menjaringkan 24 gol sejak tiba dari Sunderland pada 2011.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia mengambil peranan seperti kapten Liverpool terdahulu Steven Gerrard pada 2015, dan mengepalai pasukan tersebut sehingga mara ke peringkat akhir Liga Juara-Juara musim lalu.

Dengan perjanjian yang dilaporkan selama lima tahun, Klopp memuji sumbangan Henderson di bawah pengurusannya.

“Ia suatu berita yang hebat tetapi tidak mengejutkan sesiapa pun. Bagi saya dia sempurna untuk kami, begitu juga sebaliknya.

“Jordan meraih sepenuhnya apa yang dimaksudkan sebagai pemain Liverpool dalam era bola sepak moden ini. Anda boleh lihat melalui tindakannya.

“Di luar padang, dia diibaratkan sebagai lencana kami dan baju kami sebagai keistimewaan.

“Dia tidak mahu sebarang ganjaran serta berusaha untuk belajar dan menjadi lebih baik untuk pasukannya sepanjang masa.

“Dia banyak menggalas beban yang orang lain tidak tahu, tetapi dia memegang tanggungjawab dan kepimpinan itu dengan baik. Dia adalah ‘Jeneral’ dan saya percaya kepadanya sepenuhnya,” kata Klopp.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini