BAM perlu post-mortem segera - Utusan Malaysia

BAM perlu post-mortem segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melahirkan rasa kecewa dengan pres­tasi skuad badminton negara pada Sukan Asia 2018 dan mahu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyiapkan laporan penuh post-mortem berhubung ke­gagalan tersebut selain melakukan tambah baik dengan segera.

“Saya mahu dengar post-mortem penuh daripada BAM. Mereka merupakan antara persatuan sukan yang mendapat peruntukan paling banyak selain memperoleh tajaan persendirian paling tinggi, tetapi malangnya, tiada sebarang pingat emas diraih pada Sukan Asia 2018 ini.

“Kita perlu melihat semula apa punca kegagalan ini, banyak lagi perkara dan penambahbaikan perlu dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Disebabkan itu post-mortem harus dilakukan segera secara komprehensif termasuk penglibatan dalam Program Podium,” katanya pada sidang akhbar sempena penganjuran Konsert dan Festival ‘Sayangi Malaysiaku’ di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya semalam.

Jelas Syed Saddiq, post-mortem itu juga dapat membantu dan memastikan impian Malaysia untuk meraih pingat emas pertama pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun menjadi kenyataan.

Menurutnya, selain badminton, acara karate yang diharapkan dapat menyumbang pingat buat Malaysia juga gagal me­nunjukkan prestasi cemerlang.

Bagaimanapun, Syed Saddiq berkata, atlet negara tidak wajar dipersalahkan sepenuh­nya dalam hal tersebut kerana mereka sudah berkorban masa dan keringat bagi memberikan aksi terbaik pada Sukan Asia 2018.

“Saya gembira dengan mereka (atlet) atas usaha keras yang ditunjukkan, cuma saya rasa lebih banyak penambahbaikan boleh dibuat pada peringkat kementerian dan persatuan sukan (bagi memperbaiki prestasi sukan negara),” katanya.

Skuad badminton negara dikategorikan sebagai sukan yang gagal pada sukan terbesar Asia edisi ke-18 itu selepas tidak berupaya mencapai sasaran sekurang-kurangnya dua pingat.

Pada edisi lalu di Incheon, Korea Selatan, skuad badminton negara meraih empat pingat gangsa.

Syed Saddiq berkata, beliau merasakan kontinjen Malaysia boleh melakukan yang lebih baik pada Sukan Asia 2018 dan tidak sekadar mencapai sasaran minimum tujuh pingat emas.

“Kita tekankan pada pe­ringkat awal mahu capai tujuh pi­ngat emas, sebenarnya kita boleh capai 11 emas kerana pi­ngat yang disumbangkan pada Sukan Asia 2018 kali ini dilakukan dalam acara yang tiada dalam sasaran,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini