Harga sayur semakin mahal - Utusan Malaysia

Harga sayur semakin mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 3 Sept. – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) melahirkan rasa bimbang dengan kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini.

S. M. MOHAMED IDRIS

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, harga yang mahal itu boleh menyebabkan pengguna mengurangkan pengambilan sayur-sayuran dalam diet harian mereka sekali gus menyumbang kepada gaya hidup tidak sihat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apa yang menghairankan, kata beliau, peningkatan harga sayur-sayuran itu berlaku ketika negara ini menjadi lambakan kepada bahan mentah itu dari luar negara ekoran kelemahan pe­nguatkuasaan terhadap produk import makanan.

“Sehubungan itu, CAP me­ngulangi gesaan supaya disemak semula strategi makanan pertanian sedia ada dengan dasar kerajaan yang tegas.

“Selain itu, CAP juga me­nyarankan kerajaan membantu pekebun kecil memasarkan hasil pertanian mereka dengan menyediakan hubungan kepada sistem pemasaran yang menyeluruh,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

S. M. Mohamed berkata, kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada aspek pemasaran hasil pertanian oleh pekebun negara ke arah meningkatkan pengeluaran pertanian.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa kerajaan mengambil langkah mengesahkan pe­kerja asing yang tidak sah disebabkan masalah teknikal seperti kegagalan majikan memohon permit kerja.

“Langkah ini juga dapat membantu memperbaiki masalah kekurangan pekerja di ladang dan sektor-sektor lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini