Seorang pegawai SST di setiap negeri - Utusan Malaysia

Seorang pegawai SST di setiap negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 3 Sept. – Seorang pegawai khas yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan mengenai cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada orang ramai akan dilantik di setiap negeri.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, individu yang dilantik itu nanti merupakan seorang pakar percukaian yang akan membantu memberi penjelasan lengkap mengenai SST.

“Pegawai tersebut akan dilantik selain daripada pengarah dan merupakan pakar dalam sistem percukaian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak perlukan ramai pegawai kerana bimbang akan ada tiga atau empat penjelasan berbeza sekali gus mengelirukan orang ramai,” katanya ketika berucap dalam sesi taklimat SST bersama Menteri Kewangan, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah serta Menteri Besar, Aminuddin Harun.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, pegawai yang dilantik itu nanti perlu menjawab setiap aduan yang diutarakan oleh orang ramai mengenai SST secara lisan.

Walau bagaimanapun, katanya, jika orang ramai perlukan jawapan bertulis, mereka boleh dapatkan daripada Pengarah Kastam negeri masing-masing.

Sementara itu, seramai 500 peserta termasuk pemilik syarikat dan pemain industri di negeri ini hadir bagi mendengar taklimat berkenaan SST tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini