Sokong had umur dinaikkan - Utusan Malaysia

Sokong had umur dinaikkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Se­langor (JAIS) untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan orang Islam lelaki dan wanita daripada 16 tahun kepada 18 tahun di negeri ini.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda memandang serius kes-kes melibatkan perkahwinan kanak-kanak Islam pada usia terlalu muda terutama kanak-kanak perempuan kerana bimbang tentang risiko kemudaratan yang bakal dihadapi pasangan tersebut dan kesannya kepada masyarakat.

“Oleh itu, beta telah menitahkan pihak MAIS dan JAIS untuk menyemak semula undang-undang dalam kalangan orang Islam yang sedia ada di nege­ri Selangor dan membuat cadangan penambahbaikan jika perlu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beta berkenan de­ngan cadangan untuk menyelaras­kan had umur minimum perkahwinan orang Islam lelaki dan pe­rempuan di Selangor de­ngan menaikkan had minimum daripada 16 kepada 18 tahun,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14 di Dewan Negeri Selangor di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini