Tentera Myanmar mohon maaf siar gambar salah - Utusan Malaysia

Tentera Myanmar mohon maaf siar gambar salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON 3 Sept. – Tentera Myanmar hari ini memohon maaf atas `kesilapan penyiaran’ dua gambar dalam sebuah buku berhubung krisis etnik Islam Rohingya, `Myanmar Politics and Tatmadaw: Part I’.

Pada Jumaat lalu, Reuters menyiarkan laporan khas yang mendedahkan dua gambar dalam buku berkenaan yang dikatakan operasi tentera Myanmar di wilayah Rakhine pada tahun lalu.

Namun sebenarnya dua gambar berkenaan adalah gambar arkib daripada konflik berbeza dan sekeping lagi gambar mempunyai kapysen yang salah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Reuters mendapati dua gambar tersebut sebenarnya memaparkan situasi di Bangladesh dan Tanzania.

Gambar ketiga yang mempunyai kapsyen salah menunjukkan etnik Rohingya memasuki Myanmar dari Bangladesh namun hakikatnya adalah pelarian itu meninggalkan Myanmar.

Akhbar rasmi tentera, Myawady Daily menyiarkan kenyataan permohonan maaf itu dengan menyebut `Kami memohon maaf kepada pembaca dan pemilik gambar berkenaan atas kesilapan tersebut’. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini