Sufian Suhaimi selesa kekalkan imej berjambang - Utusan Malaysia

Sufian Suhaimi selesa kekalkan imej berjambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Enam bulan sudah berlalu sejak kontroversi putus tunang yang melanda dirinya, penyanyi, Sufian Suhaimi, 26, dilihat semakin positif dalam menjalani hidup sebagai jejaka solo.

Sebaik tampil dengan lagu baharu berjudul Di Matamu yang melonjakkan namanya, tak dinafikan personaliti Sufian mula menjadi perhatian ramai termasuklah imej berjambangnya yang diperkatakan umum.

Menurut anak kelahiran Muar, Johor itu, awalnya dia tidak merancang untuk berpenampilan sedemikian, namun hadir tanpa sengaja dek kesuntukan masa memperkemaskan ketrampilan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jambang saya memang jenis panjang. Kalau hari ini cukur, esok dah mula tumbuh balik.

“Awal tahun hari tu, kebetulan memang tak cukup masa untuk memperkemaskan diri. Apabila ditangguh dari satu hari ke satu hari, makin panjanglah jadinya.

“Tak sangka pula, penampilan berjambang yang tak disengajakan itu mendapat respons positif daripada banyak pihak,” jelasnya.

Disebabkan maklum balas yang diperoleh, akhirnya Sufian ambil keputusan untuk membiarkan jambangnya.

Kata Sufian, dia semakin selesa dengan penampilan terkininya itu, malah tidak mengambil masa yang lama untuk bersiap ke mana-mana.

“Dulu banyak masa terbazir dalam bilik air sebab nak cukur kasi licin. Sekarang ini, cukup sekadar merapikan sahaja asal nampak kemas,” ujarnya.

Terdahulu, Sufian sempat mengucapkan tahniah kepada bekas tunangnya, Elfira Loy, 24, yang telah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka dikenali sebagai Faris, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini