Jangan pertikai hukuman sebatan syariah - Utusan Malaysia

Jangan pertikai hukuman sebatan syariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Semua pihak diminta tidak mempertikaikan pelaksanaan hukuman sebatan dan lain-lain bentuk hukuman yang dilaksanakan mengikut peruntukkan undang-undang dan hukuman dalam enakmen undang-undang syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, merujuk kepada pelaksanaan hukuman sebatan sebanyak enam kali terhadap pesalah pasangan lesbian di Terengganu hari ini, ia merupakan satu hukuman yang diterima dengan sepenuh hati oleh pasangan tersebut.

“Selepas dijatuhkan hukuman, kita bagi masa sehingga 14 hari untuk pasangan itu merayu atau meminta hukuman yang lebih ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi mereka sendiri tidak mahu berbuat demikian malah sanggup untuk menjalani hukuman tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak.

“Jadi kenapa mesti ada pihak yang hendak mempertikaikan undang-undang Islam yang kononnya disifatkan zalim atau kejam sedangkan pesalah sendiri tiada masalah malah sedar akan kesalahan mereka dan sedia dirotan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku Suatu Perjalanan Hidup – Menghayati Dakapan Masyarakat karya Felo Penyelidik Utama, Institut Kajian Etnik (Kita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Denison Jayasooria di Bangi dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Kita, Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan isteri Denison, Datin Seri Rose Cheng Jayasooria.

Mujahid berkata, hukuman daripada undang-undang syariah untuk pesalah daripada umat Islam itu tidak bertujuan menakutkan tetapi satu bentuk hukuman bagi mendidik dan memberikan pengajaran kepada pesalah dan orang lain.

“Ini termasuklah kepada pasangan gay, hukuman yang sama dan disaksikan oleh orang lain akan dikenakan supaya mereka kembali kepada fitrah kejadian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini