BEIJING 3 Sept. – China memperuntukkan AS$60 bilion (RM246.5 bilion) bagi membiayai pembangunan Afrika dalam tempoh tiga tahun `tanpa sebarang syarat politik’.
Presiden Xi Jinping berkata, peruntukan berkenaan adalah kerjasama Afrika-China yang perlu dibelanjakan terhadap projek pembangunan penting, bukan projek yang sia-sia.
Antara bidang yang terlibat melalui peruntukan itu ialah promosi industri, pembinaan infrastruktur dan biasiswa untuk golongan belia Afrika.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sementara itu, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa menepis kritikan bahawa peruntukan dari China itu adalah `penjajahan baharu’.
“Kami menyangkal pandangan bahawa penjajahan baharu kini menguasai Afrika,’’ katanya semasa Forum Kerjasama China- Afrika di sini. – AFP











