Myanmar penjarakan dua wartawan Reuters - Utusan Malaysia

Myanmar penjarakan dua wartawan Reuters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON 3 Sept. – Dua wartawan Reuters dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun setelah didapati bersalah melanggar undang-undang berkenaan rahsia negara, hari ini.

Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, didapati bersalah di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mengumpul dan memiliki dokumen yang dirahsiakan.

“Kedua-dua defendan… didapati melanggar Seksyen 3.1.c Akta Rahsia Rasmi, oleh itu kedua-duanya dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun,” kata Hakim Ye Lwin ketika menjatuhkan hukuman.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua wartawan tersebut, yang sedang menjalankan siasatan terhadap pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya ketika ditahan, terdahulu mengaku tidak bersalah di atas tuduhan tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini