Pengarah tarik diri saat akhir - Utusan Malaysia

Pengarah tarik diri saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept.- Penarikan diri pengarah filem Kalla:Hidup atau Mati, Wan Hasliza Wan Zainuddin tidak memberi kesan kepada pihak produksi Little Film untuk meneruskan promosi.

Menurut penerbitnya, Datuk Dr. Suhaimi Ibrahim, dia akur dengan keputusan yang dibuat pengarah tersebut biarpun proses pembikinan filem tersebut sudah selesai.

“Kemelut antara pihak produksi dan pengarah itu telah pun diselesaikan dengan cara baik. Dia akhirnya membuat keputusan untuk menarik diri tanpa desakan individu lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini filem sulung di bawah syarikat saya, Little Film yang akan ditayangkan pada 11 Oktober hadapan,: kata Suhaimi Ibrahim.

Tambahnya, ketika ini promosi filem tersebut sedang giat dijalankan oleh mereka dan amaat berharap yang naskhah berkenaan mendapat sambut menggalakkan daripada penonton tempatan.

“Saya harap, tidak akan ada lagi isu yang berbangkit tentang penarikan pengarah selepas ini,” katanya dalam majlis pelancaran lagu runut bunyi filem Kalla, Percayakan Hati Kita yang dinyanyikan secara duet oleh Noryn Aziz dan Hazama.

Filem Kalla yang bergenre aksi dibintangi pelakon Faizal Hussein, Azhan Rani, Vanida Imran, Zaidi Omar, Riz Amin dan Farali Khan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini