Jawatankuasa peringkat kementerian ditubuh pantau kenaikan harga - Utusan Malaysia

Jawatankuasa peringkat kementerian ditubuh pantau kenaikan harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa yang dianggotai beberapa kementerian bagi memantau sebarang kemungkinan kenaikan harga melampau berikutan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA), Datuk Salahuddin Ayub berkata, ia bagi memastikan kepentingan rakyat untuk mendapatkan barangan dengan harga berpatutan tetap terbela di sebalik pengenalan semula SST.

“Tugas MoA memastikan kecukupan bahan dan produk makanan. Apabila ia dipasarkan atau diniagakan ia akan melibatkan beberapa kementerian, bukan MoA sahaja tetapi termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Kewangan (MoF),” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Agrotruck Kelantan di Tapak Medan Warisan Makanan dan Agrotruck Kelantan, Dataran Bandaraya Kota Bharu di sini, hari ini.

Salahuddin berkata, buat permulaan, MoA dan KPDNHEP mungkin boleh mengaktifkan jawatankuasa kawalan harga di sepanjang musim perayaan jika berlaku kenaikan harga produk. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini