Kerajaan komited pastikan keseimbangan kaum dalam perkhidmatan awam - Utusan Malaysia

Kerajaan komited pastikan keseimbangan kaum dalam perkhidmatan awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited dalam memastikan keseimbangan kaum dalam perkhidmatan awam.

Bagaimanapun kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, pelantikan individu dalam perkhidmatan awam adalah berdasarkan merit kelayakan mengikut Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Kerajaan melantik Menteri Kewangan daripada bukan Melayu yang mana pelantikan dibuat kerana merit dan kredibiliti. Pelantikan peguam negara, ketua hakim negara, ini semua contoh bagaimana kerajaan bergerak untuk mewujudkan keadaan orang bukan Melayu berminat untuk berkhidmat dalam penjawat awam,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan itu di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab pertanyaan Senator Aknan Ehtook berkenaan ketidakseimbangan kaum dalam kalangan penjawat awam di negara ini.

Mohamed Hanipa berkata, berdasarkan statistik SPA bagi tempoh 2015 hingga Jun 2018, kaum Melayu merupakan paling ramai yang berminat dan mendaftar dengan SPA untuk bekerja dalam perkhidmatan awam iaitu sebanyak 79.66 peratus. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini