Bapa akui dimaklumkan anak 'diajar' sebelum klip video tular - Utusan Malaysia

Bapa akui dimaklumkan anak ‘diajar’ sebelum klip video tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Bapa murid tahfiz yang dicucuh api serta diugut dipotong kemaluannya oleh seorang guru tahfiz wanita mengakui dimaklumkan mengenai insiden itu oleh pengusaha tahfiz tersebut sebelum klip video mengenainya tular.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhari Zainol Abidin berkata, perkara tersebut didedahkan dalam temu bual di antara Pegawai Pelindung JKM dan bapa kandung serta kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun terbabit.

“Dalam pertemuan itu, bapa kepada kanak-kanak terbabit memaklumkan telah menghantar anaknya ke pusat tahfiz berkenaan bermula Julai lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beliau juga ada dimaklumkan oleh pengusaha tahfiz yang mesra dengan panggilan ummi dan walid berkaitan cubaan untuk menggunting kemaluan, menyalakan api serta merotan kanak-kanak di tapak tangan dan kaki,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.   

Zulkhairi berkata, bapa kanak-kanak itu bagaimanapun tidak marah dengan tindakan pengusaha terbabit sekiranya niat hanya untuk mendidik selagi tidak mencederakan atau  memudaratkan kanak-kanak tersebut. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini