MHTC anjur persidangan insigHT 2018 - Utusan Malaysia

MHTC anjur persidangan insigHT 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) menganjurkan persidangan insigHT 2018 selama dua hari yang akan membincangkan pelbagai topik, trend pasaran dan industri, gangguan digital dalam penjagaan pelancongan kesihatan serta peluang pasaran baharu di seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Sherene Azli berkata, persidangan kali ketiga itu menampilkan ahli panel dan penceramah industri tempatan serta antarabangsa terkemuka seperti Presiden Ilan Geva and Friends USA, Ilan Geva; Pengerusi dan Pengarah Kumpulan Ramsay Sime Darby Health Care, Datuk Dr. Jacob Thomas dan Profesor Pentadbiran Kesihatan Universiti Yonsei, Prof. Ki Nam Jin.

Katanya, insigHT 2018 merupakan antara inisiatif untuk menyelaraskan hala tuju dan strategi pemain industri pelancongan kesihatan bagi mencapai pertumbuhan secara konsisten dan mampan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara fokus utama adalah membina identiti unik untuk Malaysia dengan menjadikan negara sebagai hab perubatan kesuburan dan kardiologi di Asia. Malaysia akan mengetengahkan kepakaran sedia ada bagi kedua-dua bidang khusus ini untuk membantu pasangan yang ingin menimang cahaya mata dan pesakit jantung untuk mendapatkan rawatan yang berkualiti.

“Pada tahun lalu Malaysia Healthcare mencatatkan lebih daripada sejuta pelancong kesihatan dengan pendapatan mencecah RM1.3 bilion. Perolehan sektor ini dijangka mencecah RM2.8 bilion menjelang 2020 dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 30 peratus,” katanya dalam majlis pelancaran insigHT 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini