Mohamed Hazlan dilantik Presiden, CEO Prasarana - Utusan Malaysia

Mohamed Hazlan dilantik Presiden, CEO Prasarana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Sept. – Kementerian Kewangan hari ini mengumumkan Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Mohamed Hazlan mempunyai pengalaman yang meluas serta rekod perkhidmatan dalam bidang pengangkutan awam, minyak dan gas, pos serta lebuh raya.

“Jawatan yang pernah dipegang termasuk Pengarah Kumpulan dalam beberapa bahagian DRB-Hicom, Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Ketua Pegawai Operasi Unit Strategik POS Malaysia Berhad dan

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengurus Besar Bahagian Operasi Plus Expressways.

“Beliau akan bertanggungjawab mentakrifkan halatuju yang baharu untuk Prasarana supaya pencapaian operasi Prasarana dalam sektor pengangkutan awam dapat dipertingkatkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Guan Eng turut menzahirkan penghargaan terhadap Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana sebelum ini, Masnizam Hisham atas perkhidmatan beliau bermula 18 Januari 2018 sehingga 2 September 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini