Bangunkan Dasar Ekonomi Nasional, terus basmi kemiskinan - Utusan Malaysia

Bangunkan Dasar Ekonomi Nasional, terus basmi kemiskinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Majlis Perundingan Melayu (MPM) mencadangkan supaya kerajaan menjenamakan semula Dasar Ekonomi Baharu (DEB) dengan menggubal Dasar Ekonomi Nasional (DEN) yang masih mengekalkan matlamat dan fokus dasar lama, tetapi ditambah baik dengan beberapa teras baharu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Hasan Mad berkata, teras utama DEB, iaitu pembasmian kemiskinan dan penguncupan jurang ekonomi antara kaum serta fokus utamanya, iaitu mewujudkan peluang pekerjaan, perniagaan dan pemilikan ekuiti perlu diteruskan memandangkan ia masih belum dicapai sepenuhnya.

“Betul kemiskinan dapat dibasmi oleh DEB tetapi secara relatifnya dengan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kos sara hidup juga meningkat maka takrifan baharu kemiskinan telah berubah. Kemiskinan relatif sebenarnya masih wujud.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya ingin mencadangkan teras utama DEN ialah pembasmian gejala-gejala songsang ekonomi dan pembinaan budaya ekonomi takwa serta pembinaan kekuatan isntitusi-institusi ekonomi berkepentingan untuk bumiputera menerajui kemakmuran dan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini