Akta DBP dikaji semula - Utusan Malaysia

Akta DBP dikaji semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Sept. – Kerajaan akan mengkaji semula Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi membolehkan DBP beroperasi setara dengan fungsi organisasi antarabangsa.

DR. MASZLEE MALIK
DR. MASZLEE MALIK

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, dalam tempoh lima tahun ini, kerajaan akan terus memperkasakan DBP dan memberikannya peranan yang lebih proaktif setaraf dengan pusat lain serta institusi bahasa yang dimiliki oleh negara-negara maju.

“Kerajaan juga akan berusaha menjadikan DBP setaraf dengan British Council di United Kingdom (UK), Goethe Institute di Jerman dan Nippon Institute milik negara Jepun,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menjawab soalan Senator Dr. Mohd. Nor Monutty yang meminta Kementerian Pendidikan menyatakan perancangan sama ada akan merombak DBP supaya setara dengan institusi antarabangsa seperti British Council dan Goethe Institute. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini