Syamsul Yusof sudah bersedia dengan Munafik 3 - Utusan Malaysia

Syamsul Yusof sudah bersedia dengan Munafik 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


PUTRAJAYA 3 Sept. – Berjaya meraih RM21.6 juta selepas empat hari ditayangkan di 147 buah pawagam seluruh tanah air, pengarah filem Munafik 2, Syamsul Yusof, 34, mengakui naskhah sambungannya, Munafik 3 sedang disediakan.


Pun begitu, Syamsul menjelaskan bahawa skrip untuk filem trilogi tersebut belum siap sepenuhnya tetapi draf lakon layar penuh sudah berlegar-legar di dalam fikirannya sejak mengarahkan Munafik pertama pada 2016.


“Ketika idea untuk menghasilkan Munafik kira-kira dua tahun lalu, saya memang merancang untuk menerbitkan naskhah ini dalam tiga edisi biarpun waktu itu belum tahu lagi sambutan penonton.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik Munafik memperoleh jumlah kutipan keseluruhan sebanyak RM17.04 juta, makin berkobar-kobar semangat saya untuk terus memerah otak memikirkan jalan cerita Munafik 2.


“Sebenarnya, bayangan plot penceritaan itu dah difikirkan lebih awal, namun sentiasa berubah-ubah demi mengilhamkan sebuah naskhah terbaik,” katanya.


Syamsul juga mendedahkan, dia suka melakukan kerja pada minit-minit terakhir kerana tekanan yang wujud mendesak dirinya berfikir dengan lebih teliti dan terperinci.


Malah, pengarah muda itu turut mengakui, sikap cerewet yang dimiliki banyak membantu dalam memastikan kualiti karya arahannya sentiasa bertambah baik dari semasa ke semasa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini