Bekas KP MEIO dibebas dengan jaminan, pasport diserah kepada SPRM - Utusan Malaysia

Bekas KP MEIO dibebas dengan jaminan, pasport diserah kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Pe­risikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasa­nah Ab. Hamid dibebaskan dengan jaminan dan pasport diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Muizzuddin Nik Muhammad membebaskan Hasanah, 61 tahun, selepas selesai membantu pihak SPRM menjalankan siasatan berhubung siasatan kes salah guna kuasa dan penyelewengan dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Bagaimanapun, permohonan SPRM untuk mengenakan wang jaminan sebanyak RM50,000 kepada Hasanah telah ditolak oleh mahkamah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Hasanah tiba di Kompleks Istana Keadilan Putrajaya pada pukul 10.40 pagi sambil diiringi oleh dua pegawai SPRM dan kelihatan tidak memakai baju lokap.

Beliau turut diwakili oleh dua peguam Shaharuddin Ali dan Khairul Azam Abdul Aziz. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini