1,268 saman dikeluarkan sejak penguatkuasaan AWAS - Utusan Malaysia

1,268 saman dikeluarkan sejak penguatkuasaan AWAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,268 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak mengambil alih kesemua operasi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) bermula kelmarin.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, jumlah saman itu membabitkan kesalahan had laju (1,121) dan kesalahan lampu isyarat (147).

“Operasi ini melibatkan penguatkuasaan kesalahan yang dirakam melalui kamera bagi dua kesalahan iaitu memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat merah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelasnya, pengambilalihan oleh JPJ itu meliputi penguatkuasaan bagi pengoperasian ke atas 45 buah kamera AWAS yang terdiri daripada 29 kamera bagi kesalahan memandu melebihi had laju dan 16 buah kamera bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah.

“Pada masa yang sama terdapat dua lagi lokasi dalam proses mendapatkan kelulusan pemasangan daripada pihak berkuasa tempatan iaitu satu lokasi bagi kesalahan memandu melebihi had laju serta satu lokasi bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah,” ujarnya.

Anthony berkata, secara keseluruhannya, hingga akhir tahun ini, JPJ akan menguatkuasakan kesalahan AWAS di kesemua 47 lokasi.

“Orang ramai boleh menyemak senarai terkini lokasi-lokasi kamera AWAS menerusi laman web JPJ di www.jpj.gov.my,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini