SPRM amat terkejut Lim Guan Eng dilepas dan dibebaskan - Utusan Malaysia

SPRM amat terkejut Lim Guan Eng dilepas dan dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 3 Sept. – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berasa amat terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini yang melepaskan dan membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah lot banglo dan tuduhan bersubahat dihadapi ahli perniagaan, Phang Li Koon selepas pihak pendakwaan menarik balik kes itu.

Kenyataan media SPRM
Kenyataan media SPRM

Menurut satu kenyataan, SPRM  menegaskan bahawa keputusan menarik balik kes tersebut telah diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara dan bukannya daripada SPRM.

Hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Hadhariah Syed Ismail, membuat keputusan itu setelah pihak pendakwaan bersetuju menarik semula semua pertuduhan terhadap mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, kedua-dua mereka dibebaskan dengan segera tanpa perlu dipanggil semula pada masa akan datang.

Pada 6 Julai lalu, kedua-dua mereka telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini