Piala Agong kekal milik Pahang - Utusan Malaysia

Piala Agong kekal milik Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 2 Sept. – Hasrat Pulau Pinang untuk mengakhiri kemarau 18 tahun kejuaraan Piala Agong tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada juara bertahan, Pahang dalam aksi yang berlangsung di Stadium Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, malam ini.

Pemain gantian, Muhd. Helmi Abdullah muncul wira Pahang apabila menjaringkan dua gol pada masa tambahan iaitu masing-masing pada minit ke-96 dan 118 perlawanan.

Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat 1-1 untuk aksi 90 minit hingga memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuan rumah terlebih dahulu di depan pada minit ke-59 menerusi Syamil Masdhokhi sebelum Mohd. Faizal Abdul Rani menyamakan kedudukan 1-1 buat pelawat tujuh minit kemudian.

Ini kejuaraan keempat buat Pahang selepas melakar kejuaraan hatrik pada edisi 2005, 2006 dan 2007.

Aksi Piala Agong 2018 itu merupakan perlawanan pembuka tirai kepada saingan Piala Emas Raja-Raja (PERR) 2018 yang dijadual bermula 25 September ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini