SAUDARA PENGARANG,
SAYA mewakili penduduk Seksyen 8, Shah Alam ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana telah menggantikan papan tanda jalan yang tumbang dengan papan tanda baharu, beberapa hari lalu.
Kerja-kerja untuk membuat dan menyediakan aset baharu ini dilakukan oleh Jabatan Kejuruteraan, MBSA. Papan tanda jalan yang di maksudkan ialah untuk Jalan Teres 8/1B, Seksyen 8 (gambar) yang aduan mengenainya disiarkan dalam ruangan Forum Utusan Malaysia pada 15 Ogos lalu.
Dengan adanya papan tanda baharu ini, pemandu di kawasan ini tidak lagi tersesat lebih-lebih lagi di waktu puncak ketika mereka pergi dan balik dari tempat kerja.
Kebiasaannya, pemandu dari Seksyen 7 dan Seksyen 8, Shah Alam menggunakan laluan ini sebagai jalan pintas bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di lampu isyarat persimpangan Persiaran Kayangan dan Jalan 9/21.
KAMARUDDIN HASSAN
Seksyen 8, Shah Alam











