1,921 pelajar baharu mendaftar di UniSZA hari ini - Utusan Malaysia

1,921 pelajar baharu mendaftar di UniSZA hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini menerima pendaftaran kemasukan seramai 1,921 pelajar baharu bagi sesi akademik 2018/2019 di Kampus Gong Badak di sini.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Ahmad Zubaidi A Latif berkata, jumlah tersebut merangkumi pelajar di 31 program ijazah menerusi 12 fakulti antaranya bidang Pengajian Islam, Sains Sosial, Perubatan, Perakaunan dan Undang-Undang.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 64.34 peratus adalah pelajar perempuan manakala 35.66 peratus lagi pelajar lelaki. Alhamdulillah, pendaftaran hari ini berjalan dengan lancar dan pelajar serta keluarga masing-masing memenuhi dewan semenjak dari pagi lagi sehingga tengah hari tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malah, kita juga turut sediakan kemudahan ‘Singgah Musafir’ iaitu ruang rehat 24 jam dan edaran sarapan pagi kepada keluarga terutamanya ibu bapa sementara menunggu anak masing-masing melakukan proses pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kesemua pelajar baharu akan menjalani Minggu Mesra Siswa (MMS) selama lima hari bermula hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini