Prestasi atlet di bawah Program Podium akan dinilai semula - Utusan Malaysia

Prestasi atlet di bawah Program Podium akan dinilai semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 2 Sept. – Program Podium akan melakukan penilaian semula terhadap 148 atlet yang bernaung dibawahnya bagi menentukan sama ada mereka akan terus kekal atau sebaliknya.

PROGRAM PODIUM
 

Ketua program tersebut, Dr. P. Vellapandian memberitahu, penilaian semula ini perlu dilakukan terutama selepas beberapa sukan gagal mencapai sasaran pingat emas di Sukan Asia 2018.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan bahawa jumlah atlet yang bernaung dibawah program tersebut akan dikurangkan dari jumlah kini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas Sukan Asia, kami akan membuat penilaian semula mengenai atlet Program Podium yang melibatkan seramai 148 orang dan jumlah penyertaan mereka ini mungkin akan dikurangkan berdasarkan kepada prestasi semasa mereka termasuk di Sukan Komanwel dan Sukan Asia,” kata Vellapandian dalam satu sidang akhbar, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini