Daim nafi terlibat usaha halang Anwar jadi PM - Utusan Malaysia

Daim nafi terlibat usaha halang Anwar jadi PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin menafikan khabar angin bahawa beliau terlibat dalam usaha menghalang pemimpin PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ketujuh seperti mana yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya, beliau berkata, hubungannya dengan Anwar amat baik dan mereka berdua pernah enam kali bertemu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 iaitu ketika bekas Timbalan Perdana Menteri itu masih di dalam penjara.

Katanya, hubungan baik itu berlaku seperti mana peralihan lancar kerajaan dari Barisan Nasional (BN) kepada PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pewarisan dari BN kepada PH berjalan lancar. Jadi, kenapa ia tidak boleh serupa berlaku dalam parti? Kenapa saya harus menghentikannya? Apa kuasa yang saya ada,” katanya kepada South China Morning Post dalam satu sesi temubual, semalam.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid mendakwa mempunyai bukti dan maklumat kononnya Daim menjadi dalang menghalang Anwar daripada diangkat sebagai Perdana Menteri.

Kata Abdullah Sani, beliau boleh mengemukakan bukti tersebut sekiranya diminta berbuat demikian dan tidak akan berganjak dengan dakwaan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini