Melayu perlu ubah sikap - Utusan Malaysia

Melayu perlu ubah sikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 yang membahaskan serta merumuskan banyak cadangan dan rancangan akan gugur menjadi daun kering yang ditiup angin dan akhirnya reput menjadi debu sekiranya bumiputera khususnya orang Melayu tidak mengubah sikap.

Penasihat Media dan Komunikasi di Jabatan Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin berkata, untuk itu orang Melayu perlu mengubah sikap menjadi orang yang berjiwa maju, bersih, cekap dan amanah.

“Doa tanpa usaha tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kemiskinan boleh menjadi punca kemungkaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tamak dan haloba membuatkan pemerintah mencuri daripada rakyat jelata,” katanya menerusi blog beliau hari ini.

Semalam kongres anjuran Kementerian Hal Ehwal Ekonomi itu yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membincangkan mengenai masa depan golongan bumiputera di negara ini.

Kongres itu menjadi platform asas kepada usaha kerajaan membentuk agenda pemerkasaan bumiputera yang baharu serta salah satu usaha dan penglibatan kerajaan dengan pelbagai pihak berkepentingan bumiputera bagi menyuarakan pandangan dan idea baharu secara konstruktif. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini