2,801 pengundi awal PRK DUN Balakong dan Seri Setia mengundi Selasa ini - Utusan Malaysia

2,801 pengundi awal PRK DUN Balakong dan Seri Setia mengundi Selasa ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seramai 2,801 pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan Seri Setia akan mengundi pada 4 September ini.

Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Md. Yusop Mansor berkata, daripada jumlah tersebut seramai 31 orang pengundi awal yang terdiri daripada anggota polis akan mengundi di ruang legar kuarters Balai Polis Seri Kembangan. 

Menurutnya, bagi proses pengundian awal di PRK DUN Seri Setia, seramai 2,770 pengundi awal terlibat meliputi 2,597 anggota tentera serta pasangan mereka dan 173 anggota polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

 “Bagi anggota tentera serta pasangannya, mereka akan mengundi di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Subang manakala bagi anggota polis pula mereka akan mengundi di Kompleks SMS Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini.

 “Pusat pengundian awal akan dibuka mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

 Md. Yusop berkata, proses pengundian awal itu akan disaksikan oleh ejen-ejen calon yang bertanding di bahagian-bahagian pilihan raya berkenaan. 

 Katanya, di samping itu, pemerhati-pemerhati pilihan raya daripada wakil-wakil organisasi serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dilantik oleh SPR juga akan turut menyaksikan proses pengundian awal tersebut. 

 “Untuk makluman, kertas-kertas undi awal tidak akan dikira di tempat mengundi pada 4 September ini sebaliknya akan disimpan di tempat yang selamat iaitu di lokap-lokap balai polis. 

 “Pengiraan kertas-kertas undi awal tersebut hanya akan dijalankan pada 8 September ini secara berkelompok di tempat pengiraan undi yang ditetapkan SPR dengan disaksikan oleh ejen-ejen calon masing-masing,” ujarnya. – K! ONLINE  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini