Peniaga tidak faham punca kenaikan harga barang dikecualikan SST - Utusan Malaysia

Peniaga tidak faham punca kenaikan harga barang dikecualikan SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak menolak kemungkinan ada peniaga yang masih tidak memahami tentang pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) menyebabkan mereka menaikkan harga barangan sesuka hati.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, peniaga sepatutnya mengambil perhatian tentang perkara itu dengan memastikan tiada kenaikan harga pada barangan yang dikecualikan SST.

“Ada kemungkinan berlaku kenaikan harga ke atas barangan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh peniaga yang memang tidak ada maklumat (SST).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kemungkinan kedua pula peniaga yang memindahkan kenaikan kos upah, borong, sewa pejabat, pengangkutan yang didakwanya kepada barang yang tidak sepatutnya dikenakan cukai tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Sentuhan Kasih Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Dewan KEDA Relau di sini hari ini.

Saifuddin pada masa sama mengakui tempoh yang diberikan kepada kementerian untuk menguar-uarkan tentang pelaksanaan SST tidak mencukupi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×