Lelaki ditahan hina agama Islam - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan hina agama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 2 Sept. – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya menghina agama Islam dengan cara memuat naik rakaman video di laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah kawasan di Johor Bahru kira-kira pukul 3.40 pagi tadi oleh sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

“Satu laporan polis telah dibuat pada Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selepas kita menerima laporan berkaitan video yang tular dilaman sosial berkaitan seorang lelaki menghina agama Islam, kita berjaya menahan lelaki berkenaan di sebuah kawasan di Johor Bahru pagi tadi,” katanya.

Tambahnya, lelaki itu ditahan reman sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan keresahan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini