Mara diharap tidak lagi jadi senjata politik - Utusan Malaysia

Mara diharap tidak lagi jadi senjata politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Pergerakan Wanita UMNO berharap Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak lagi diganggu atau digunakan sebagai senjata politik bagi memastikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera dalam segmen-segmen tertentu dijamin dalam kontrak sosial dan Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Dr. Noraini Ahmad
Datuk Dr. Noraini Ahmad

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, memperkasakan Mara seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan tidak bermakna Mara harus dijadikan modal politik kerana selama ini Mara sudah terbukti memiliki misi, visi dan objektif yang jelas iaitu membangunkan usahawan berjaya serta inovatif selain melahirkan modal insan global dan berintegriti.

Jelasnya, mengembalikan Mara pada status quo seperti mana ditegaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam, bermakna ini merupakan kaedah yang betul untuk memperkasakan institusi itu demi memastikan ia terus memainkan peranannya membantu Melayu dan bumiputera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah! Syukurlah akhirnya kerajaan Pakatan Harapan semalam akur dan memperakui keprihatinan yang dibangkitkan oleh wakil-wakil Parlimen daripada pembangkang yang berkeras menolak agar fungsi Mara dipecah-pecahkan kepada beberapa kementerian sebelum ini.

“Ini sekali gus membuktikan kerajaan, khususnya parti-parti yang berteraskan Melayu dalam Pakatan Harapan masih memerlukan pembangkang yang dinamik dan konstruktif untuk memperjuangkan institusi-institusi yang berpaksikan orang Melayu dan bumiputera untuk terus dibela dan dipertahankan status quo,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Dr. Mahathir yang memberi jaminan bahawa Mara akan dikekalkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, semalam.

Malah, beliau berjanji akan memberi bantuan secukupnya kepada kementerian yang diketuai menterinya, Rina Harun sekiranya memerlukan keperluan tertentu seperti pengambilan pegawai, bekerjasama dengan pihak luar atau apa sahaja.

Tegas Perdana Menteri, kelebihan itu berikutan tugas dan tanggungjawab yang dipikul Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan menjadi amat besar daripada kementerian-kementerian lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini