49 ditahan, 16 positif dadah - Utusan Malaysia

49 ditahan, 16 positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Sebanyak 49 individu termasuk 25 wanita warga asing ditahan dalam serbuan Op Ambang Merdeka di sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Dataran C180, Cheras di sini tengah malam tadi.

Dalam serbuan bermula pukul 12 tengah malam itu, 16 lelaki yang ditahan terdiri daripada pengunjung selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dan ketamin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusof berkata, 25 wanita yang ditahan merupakan warga Vietnam berusia lingkungan 20-an.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita percaya mereka bekerja sebagai GRO (gadis pelayan pelanggan) dan kesemua mereka ditahan kerana pelbagai kesalahan termasuk salah guna pas lawatan sosial.

“Kita turut menahan lapan pekerja premis terbabit untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Tambah Ahmad Dzaffir, pihaknya sedang giat mengesan individu dipercayai pemilik premis tersebut yang sudah dua kali diserbu tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini