Ummi Nazeera selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 Ogos lalu - Utusan Malaysia

Ummi Nazeera selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 Ogos lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Ummi Nazeera, 28, selamat melahirkan bayi sulungnya, Ayra Aneesah pada pukul 11.37 malam 22 Ogos lalu di Hospital Serdang, Kajang, Selangor.

Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abadin melahirkan bayi perempuannya menerusi pembedahan Csect dengan kandungannya baru mencecah usia 34 minggu.  

Kelahiran bayinya itu awal sebulan daripada tarikh yang dijangka oleh doktor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Anak saya sihat dan sempurna,” jelas Ummi dalam sebuah kenyataan.

Ummi dan suaminya, Mohd. Izzar Anwari Abdul Khani, 31, mendirikan rumah tangga pada 23 Julai tahun lalu. 

Ummi bakal muncul dengan filem terbaharunya, Gol & Gincu Vol. 2 terbitan Red Films pada 25 Oktober depan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini