Terbangkan 20 wau gergasi sempena Hari Kebangsaan - Utusan Malaysia

Terbangkan 20 wau gergasi sempena Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 31 Ogos – Seramai 150 ahli gabungan Kelab Wau Kampung Sireh, Salor, Rupek dan Pasir Mas menyambut Hari Kebangsaan dengan cara tersendiri iaitu menerbangkan 20 wau puyuh gergasi di Pantai Geting, di sini.

Wau-wau berkenaan bersaiz antara tiga hingga lima meter lebar dan dipenuhi dengan hiasan yang bertemakan Jalur Gemilang.

Wakil kelab tersebut, Mohd. Nafaqis Razlan berkata, pihaknya merancang aktiviti itu sejak tiga bulan lalu termasuk mengumpul modal dan kelengkapan membuat wau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, mereka berjaya menyiapkan kesemua wau terbabit secara bergotong-royong dalam masa kira-kira sebulan.

“Untuk menerbangkan wau bersaiz besar begini tidak mudah. Sekurang-kurangnya 26 orang diperlukan untuk menerbangkan setiap wau gergasi yang kami hasilkan.

“Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan negara dan menerap semangat patriotik dalam kalangan masyarakat, terutama golongan muda,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Wau tersebut diterbangkan satu-persatu oleh ahli kelab itu dalam tempoh tiga jam bermula pukul 3 petang ini.

Kelibat wau-wau tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai yang bertandang ke pantai itu hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini