Debat Awani: Saya dijemput Isnin - Halimah - Utusan Malaysia

Debat Awani: Saya dijemput Isnin – Halimah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Debat anjuran stesen televisyen Astro Awani antara kedua-dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bukan khabar angin atau spekulasi semata-mata apabila calon Pas, Dr. Halimah Ali mengesahkan ada menerima jemputan.

Beliau berkata, pelawaan untuk turut serta dalam debat yang dijadualkan berlangsung kelmarin  diterimanya pada Isnin lalu daripada penganjur sendiri.

Menurut bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang itu, wakil stesen televisyen terbabit telah terlebih dahulu memaklumkan bahawa calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar sudah pun memberikan persetujuan untuk turut serta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya dijemput oleh Astro Awani selepas penganjur kata mereka telah jemput calon PH.

“Apabila kita bertanya adakah beliau (Halimey) sudah sahkan untuk turut serta, penganjur beritahu ‘confirmed’. Itu cerita daripada penganjurlah,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Malam Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya dekat sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd. Shahir menerusi akaun Facebook mendakwa, debat terbabit terpaksa dibatalkan berikutan tindakan Halimey menarik diri pasa saat akhir.

Dalam pada itu, Halimey dalam sidang akhbar pagi tadi mendakwa tidak menerima sebarang jemputan rasmi daripada penganjur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini