Penetapan petrol RON97 sekali sebulan? - Utusan Malaysia

Penetapan petrol RON97 sekali sebulan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Ogos – Adalah harga RON97 yang sebelum ini ditetapkan sekali seminggu kini ditetapkan sekali sebulan?

Itu persoalan yang timbul berikutan hebahan terbaharu harga RON97 melalui Facebook  rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, KPDNKK-Laman Rasmi menetapkan harga RON 97 dari 1 September sehingga 30 September 2018.

Harga baharu RON97 bernilai RM2.65 seliter iaitu turun 4 sen berbanding harga terakhir hari ini iaitu RM2.69 sen.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu harga RON95 dan diesel masing-masing kekal pada harga RM2.20 dan RM2.18 seliter.

 

Kerajaan sebelum ini memutuskan harga RON97 akan diapungkan secara apungan terurus dengan harganya diselaras setiap minggu.

Manakala harga jualan runcit bagi produk petroleum RON95 dan diesel dikekalkan masing-masing pada harga RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter..-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini