Kakitangan kedutaan China cedera kereta terbabas - Utusan Malaysia

Kakitangan kedutaan China cedera kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 31 Ogos – Dua lelaki dipercayai kakitangan pejabat kedutaan China cedera selepas kereta mewah jenis BMW dinaiki mereka terbabas di Kilometer 240.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 2 petang dan sebuah jentera ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan.

“Jentera tiba di lokasi kira-kira 14 minit selepas menerima maklumat dan mendapati kenderaan jenis BMW menggunakan nombor pendaftaran kedutaan China itu berada di bahagian kiri lebuh raya dalam keadaan remuk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan laporan awal, kenderaan jenis BMW dipandu seorang daripada mangsa dipercayai gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar bahagian kiri jalan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Sani berkata, kecederaan dialami mangsa tidak serius dan kedua-duanya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk rawatan lanjut.

“Identiti mangsa yang dipercayai warganegara China itu belum dikenal pasti dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini