10 bayi Merdeka selamat dilahirkan di HKL - Utusan Malaysia

10 bayi Merdeka selamat dilahirkan di HKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 10 bayi Merdeka selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini sehingga ‪pukul‬ 1.30 petang hari ini.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi HKL, Dr. Ng Poh Yin berkata, seramai tujuh bayi lelaki dan tiga bayi perempuan dilahirkan dengan dua bayi pertama seawal 12.14 pagi diikuti 12.24 pagi menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

“Seramai tujuh ibu selamat melahirkan anak secara normal manakala tiga lagi dilahirkan secara pembedahan. 

“Kesemua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat,” katanya ketika ditemui di Wad Bersalin di sini hari ini.

Bagi seorang ibu muda, Sarifah Buhaeri, 20, berkata, kelahiran anak perempuan sulungnya itu bagaimanapun telah dijangka oleh doktor iaitu pada tarikh keramat 31 Ogos.

“Syukur dan sangat gembira kerana bayi perempuan saya ini merupakan yang pertama dilahirkan iaitu pada ‪pukul 12.‬14 pagi dan saya juga dapat bersalin dengan selamat tanpa komplikasi,“ katanya yang memberitahu dia dan suaminya sepakat memberikan nama Nur Damia Alisya kepada zuriat bertuah mereka itu.

Kegembiraan itu turut dikongsi, K. Dirosini, 25, yang juga selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3 kilogram pukul 6 pagi hari ini dan lebih awal dari tarikh jangkaan iaitu 2 September. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×